Saturday, October 1, 2011

Selamat Hari Lahir Sahabat....

Assalammualaikum w.b.t...

Agak lama saya tak menulis sesuatu. Dah bersawang agaknya blog ini. Apa boleh buat, saya benar-benar sibuk dengan pelajaran. Tapi alhamdulillah hari ni saya sempat luangkan masa sedikit tuk membuat satu entry. Entry ni saya buat khas sempena hari lahir sahabat baik saya pada hari ini, 1 Oktober.

* inilah sahabat saya tu


Alhamdulillah pada ketika saya masih belajar di tingkatan 4, Allah pertemukan saya dengan seorang sahabat yang baik budi pekertinya. Beliau yang saya maksudkan adalah Muhammard Nur Shafiq Bin Haji Norshah a.k.a Syeikh Brisbane. Diam tak diam dah agak lama juga kami bersahabat. Saya masih ingat lagi kami pergi kursus dan pertandingan-pertandingan untuk wakil sekolah & daerah. Banyak juga kenangan yang boleh dijadikan pengajaran. Lucu pula bila teringat balik masa sekolah dulu bilamana kami bermasam muka hanya kerana perkara-perkara kecil. Tapi bila dah dewasa ni dan boleh fikir secara matang semuanya baik-baik sahaja. Alhamdulillah sampai sekarang ukhuwwah yang terbina masih lagi kukuh meskipun masing-masing telah menyambung pelajaran dan membawa haluan hidup sendiri

“Barangsiapa yang bersaudara dengan seseorang karena Allah, niscaya Allah akan mengangkatnya ke suatu derajat di surga yang tidak bisa diperolehnya dengan sesuatu dari amalnya.” (Riwayat Muslim)

                                                       ***

Banyak benda yang membuatkan saya ingin menulis entry ini. Terus terang perkenalan dia dan saya telah menjadi titik mula perubahan besar dalam hidup saya. Sebenarnya saya telah terkesan dengan perwatakan dan sifatnya. Mungkin dia tak rasa yang dia dah buat sesuatu pada saya tapi pernah dengar tak bagaimana akhlak seseorang itu mampu mengubah hidup seseorang? Seperti mana ada satu kisah tentang Rasulullah S.A.W yang ingin saya kongsikan. Diriwayatkan Rasulullah SAW hampir setiap hari memberi dan menyuapkan makanan kepada seorang pengemis buta beragama Yahudi yang mengemis disebuah pasar. Ketika menyuap makanan kepada pengemis tua ini. Yahudi tua ini tidak pernah putus putus mencerca akan Rasulullah SAW dan menghina agama Islam. Namun Nabi tidak pernah memarahinya malah Nabi dengan sabar terus menyuap makanan kepada Yahudi tua yang buta ini. Hampir beberapa lama peristiwa ini berlaku sebegitu. Yang akhirnya apabila Rasulullah telah wafat, kerja mulia ini telah diambilalih oleh Abu Bakar. Itupun setelah mendapat arahan dan nasihat dari Fatimah sebagai menyambung kerjamulia Rasulullah SAW.

Setelah disuapi, Pengemis buta Yahudi ini telah membentak kepada Abu Bakar dan mengatakan bahawa engkau ini bukanlah orang yang sering menyuapkan makanan kepadaku setiap hari. Abu Bakar berkata bahawa akulah yang menyuapkan kamu pada setiap hari. "Tidak" kata pengemis tua itu dan manyambung dengan berkata "orang yang sering menyuapkanku itu memang ada kelainan daripada kamu. Ia menyuapkan aku dengan lembut dan ikhlas sekali, Makanan yang keras dilembutinya terlebih dahulu sehingga ianya menjadi lembik dan mudah aku menelannnya. dan cara suapannya amat selesa dan disenangi sekali. "Engkau bukan orangnya" marah pengemis buta kepada Abu Bakar. Akhirnya mengakulah Abu Bakar bahawa selama ini yang menyuapkan makanan itu adalah orang lain. Pengemis bertanya " Dimanakah orang mulia itu " Jawab Abu Bakar, beliau telah wafat. Bertanya lagi pengemis buta ini. Siapakah yang sebenarnya orang yang telah menyuapkan aku selama hari ini. Kata Abu Bakar : Yang menyuapkan makanan pada setiap hari kemulutmu itu adalah Nabi Muhammad SAW. Pengemis tua ini menangis teresak resak dan amat menyesal atas perbuatannya kerana telah menghina dan mencaci Nabi, sedangkan orang yang dihina itulah yang telah menyuapkan makanan kepadanya pada setiap hari. Asabab ini, ia telah memeluk agama Islam atas kagumnya terhadap akhlak mulia Nabi Muhammad SAW.

Subhannallah. Begitu hebat akhlak Nabi sehingga membuatkan si pengemis buta itu memeluk Islam. Dalam konsep dakwah juga begitu. Ada satu kisah tentang si fulan yang ingin berdakwah kepada sahabatnya yang langsung tidak menunaikan tanggungjawabnya sebagai muslim. Dalam masa beberapa minggu sahaja sahabatnya telah berubah dan bertaqwa kepada Allah. Apa yang menariknya disini ialah beliau tidak pernak berkata sepatahpun mengenai agama kepada sahabatnya tetapi beliau mempamerkan akhlak yang baik dan memberi khidmat kepada sahabatnya itu. Betapa besarnya pengaruh akhlak kepada insan yang mahu berfikir.

                                                           ***
“Di sekeliling Arsy terdapat mimbar-mimbar dari cahaya yang ditempati oleh suatu kaum yang berpakaian dan berwajah (cemerlang) pula. Mereka bukanlah para nabi atau syuhada, tetapi nabi dan syuhada merasa iri terhadap mereka.” Para sahabat berkata, “Wahai Rasulullah, beritahukanlah kepada kami tentang mereka.” Beliau menjawab, “Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai, bersahabat, dan saling mengunjungi karena Allah.” (Riwayat Nasa’i dari Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu)

Alhamdulillah banyak benar perubahan yang berlaku pada saya kerana bersahabat dengan beliau. Disepanjang permulaan persahabatan itu saya melihat dan menafsir segala tindak tanduknya. Banyak perkara yang memberi pengajaran kepada saya. Beliau datang dari keluarga yang berpendidikan. beliau adalah salah seorang pelajar yang bijak dan budi pekertinya baik, Beliau juga menjaga solat lima waktu. Semua perkara itu telah membuat saya berfikir. Sampai bila saya ingin terus malas belajar dan tidak membuat persediaan untuk mengadap Allah. Alhamdulillah, petang itu Allah memberi kesedaran pada saya untuk berubah. Tika saat itu hati merasa sebak lantas saya sujud pada Allah dan mula belajar bersungguh-sungguh.

“Jika seseorang menjalin ukhuwwah dengan orang lain, hendaklah ia bertanya tentang namanya, nama ayahnya, dan dari suku manakah ia berasal, karena hal itu lebih mempererat jalinan rasa cinta.” (Riwayat Tirmidzi)

Alhamdulillah, sekarang saya dapat apa yang saya idamkan. Saya dapat rasakan betapa bernilainya iman itu. Saya juga dapat melanjutkan pelajaran di tempat saya belajar sekarang. Walaupun tidaklah sehebat orang lain yang dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara tetapi saya amat bersyukur pada Allah dengan apa yang saya miliki sekarang. Saya terfikir kalaulah Allah tidak pertemukan saya dengannya bagaimanalah keadaan saya sekarang.

                                                         ***

Rasulullah bersabda, “Pada hari kiamat Allah berfirman: Dimanakah orang-orang yang saling mencintai karena keagungan-Ku? Pada hari yang tiada naungan selain naungan-Ku ini, aku menaungi mereka dengan naungan-Ku.” (Riwayat Muslim)

Ya akhi Shafiq, ana bersyukur kerana dipertemukan dengan akhi. Mungkin akhi baru tahu kenapa ana benar-benar senang bersahabat dengan akhi. Jazakallau khairan kathira pada akhi kerana sepanjang perkenalan kita banyak sungguh jasa akhi pada ana. Ana doakan akhi sentiasa mendapat rahmat dan perlindungan dari Allah s.w.t. Moga akhi berbahagia disamping orang tersayang dan moga-moga segala impian akhi menjadi kenyataan. Semoga ukhuwwah yang terbina ini terus utuh ke pintu jannah. Sanah helwa ya akhi. Ana uhibbuki fillah.



Friday, June 24, 2011

Eh, tunggu sekejap ye abang malaikat.

Agak lama jemari tidak menekan papan kekunci ini tuk berkongsi sesuatu. Mungkin kerana fokus pada pelajaran atau sedikit sibuk dengan beberapa urusan (ah, bilang saja kau malas allif, bukan sebab takde masa!). Rasa kekok pula sebab lama betul tidak menukil sesuatu. Tapi Insyaallah ada sesuatu untuk dikongsikan.

Semalam, semasa di class saya terdengar sahabat saya menjawab satu panggilan telefon. Nada suaranya agak janggal. Akal mentafsir sesuatu, hati meronta ingin tahu lalu telinga bersedia menangkap setiap bait-bait kata yang terungkap di bibirnya.

     "kau dah tahu yang Wan meninggal?"

     "tadi ayah aku call n beritahu aku."

     "dia cakap Wan accident n meninggal."

     "alaa, Wan yang belajar kat Poli Sabak Bernam tu."

     "abis kau tak balik?"

     "aku dalam class ni, balik pkul 9 malam."

     "aku balik kampung pagi besok."

     "k Assalammualaikum."


Perbualan itu terhenti disitu. Err nak tanya ke taknak ye. Hati nak tahu sangat, so saya pon tanya la.

   
     "Mim kawan kau ke yang meninggal? Kenapa? " pertanyaan saya untuk merungkai persoalan dihati.

     "aah, accident", jawapannya ringkas menafsirkan kesugulan di hatinya.

     "Innalillah wa inna ilaihirrojiun, sebaya dengan kita ke?"

     "aah", seiring dengan anggukan kepalanya.


"Ya Rabbi, muda-muda dah mengadap Ilahi", desis hatiku. Mungkin pertanyaan itu sudah cukup untuk menjawab persoalan di hati saya. Saya tidak mahu menambah perasaan sedih yang mungkin membungkam di hatinya. Insaf hati ini mengenangkan persiapan yang masih terlalu sedikit untuk menghadapi sakaratul maut.

                                                           ***

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.
"
( A-li 'Imraan : 185 )


Hati mana yang tidak gentar dengan mati? Hati mana yang tidak gentar dengan pedihnya sakaratul maut? Hati setiap insan dan jiwa yang bernyawa pasti akan terusik bila terdengar berita tentang kematian seseorang. Begitu juga dengan saya. Ia adalah naluri semulajadi setiap insan meskipun punyai pegangan agama yang berlainan. Tetapi berbeza dengan penganut agama lain, umat Islam secara automatiknya akan insaf dan teringat akan Allah.

Kenapa jadi begitu??

Itulah harga sebuah keimanan. Kita percaya dan yakin bahawa Allah itu wujud dan kepada-Nya lah kita akan dikembalikan. Kita pasti sedar tentang hakikat kehidupan selepas kematian tetapi sejauh mana kita bersiap sedia untuk menghadapinya. Ya Rabb, malunya diri ini. Saya juga sering lalai dalam mengejar cinta Allah. Rasa cukup dengan pahala yang ada sedangkan dosa sehari-hari itu berganda-ganda jumlahnya. Eh, Macam mana pula dengan ilmu yang ada? Dah amal ke belum, atau memang sengaja nak simpan buat pekasam? Tak takut ke Allah soal di akhirat kelak?

                                                           ***

"Siapkah kita untuk menghadapi perjalanan hari pembalasan?"


"Cukup kuatkah kita untuk menahan pedihnya azab di neraka jahannam?"

Ah, usah cerita tentang pedihnya azab di akhirat kelak, azab sakaratul maut sahaja sudah tidak terperi sakitnya. Ya memang betul. Orang akan kata takutnya azab di neraka kelak sebab terlalu dahsyat siksaannya. Tetapi ramai orang tidak sedar tentang azab ketika sakaratul maut yang mana ianya pasti akan dirasai oleh setiap yang bernyawa. Dan ianya juga merupakan siri azab pedih yang pertama sekali dirasai apabila malaikat maut tiba untuk merentap nyawa dari jasad. Saya ingin berkongsi tentang sebuah kisah yang telah berlaku ke atas Nabi Idris A.S.

” Pada suatu hari malaikatul maut datang untuk bertemu dengan Nabi Idris as lalu Nabi Idris meminta agar malaikatul maut mencabut nyawanya dan kemudian Allah menghidupkannya kembali. Permintaan ini dilakukan untuk Nabi Idris as mengetahui kesakitan sakaratul maut agar taqwanya lebih mendalam dan teguh lagi. Maka Allah memberikan wahyu kepada malaikatul maut supaya mencabut nyawa nabi Idris dan dia meninggal ketika itu juga.

Malaikatul maut menangis dan memohon kepada Allah supaya Dia (Allah) menghidupkan kembali Nabi Idris lalu dimakbulkan Allah. Setelah di dapati Nabi Idris as sudah hidup kembali, malaikatul maut bertanya: “Ya saudaraku, bagaimana rasanya kesakitan maut?”

Jawab Nabi Idris: “Sesungguhnya jika dibandingkan sakit terkelupasnya kulit dalam keadaan hidup-hidup dan rasa sakit menghadapi maut adalah 1000 kali sakitnya.” Kata malaikat maut: “Sesungguhnya saya melakukan dengan secara berhati-hati dan tidak kasar apabila mencabut nyawa engkau itu dan belumlah pernah aku lakukan terhadap seseorang pun.”

Terdapat beberapa hadith yang menggambarkan betapa pedihnya sakit ketika sakaratul maut.

Sabda Rasulullah SAW:
“Sakaratul maut itu sakitnya sama dengan tusukan tiga ratus pedang” (HR Tirmidzi)

Sabda Rasulullah SAW:  
“Kematian yang paling ringan ibarat sebatang pohon penuh duri yang menancap di selembar kain sutera. Apakah batang pohon duri itu dapat diambil tanpa membawa serta bagian kain sutera yang terobek ?”  (HR Bukhari)

Imam Al-Ghazali juga ada menyampaikan sesuatu mengenai sakaratul maut.

“Demi Allah, seandainya jenazah yang sedang kalian tangisi bisa berbicara sekejab, lalu menceritakan (pengalaman sakaratul mautnya) pada kalian, niscaya kalian akan melupakan jenazah tersebut, dan mulai menangisi diri kalian sendiri . (Imam Ghozali mengutip atsar Al-Hasan).


                                                           ***

Perbualan mengenai hari kiamat tidak lepas dari bibir kebanyakan orang dewasa ini. Tidak kira golongan tua, remaja mahupun kanak-kanak. Masing-masing mentafsir kejadian-kejadian pelik didunia, bencana-bencana dan pelbagai malapetaka yang silih berganti untunk meluahkan kebimbangan tentang kedatangan hari kiamat.
Alhamdulillah kerana mereka sedar dengan usia bumi yang sudah semakin uzur. Saya juga rasa begitu. Tetapi saya terfikir tentang satu teguran yang dilontar oleh seorang sahabat saya kepada seorang lagi sahabat saya.

     "Usah difikir dan mentafsir bila tibanya hari kiamat syeikh, kerana sedangkan             nabi sendiri tidak mengetahui bila ia akan berlaku".

     "siapa kita nak tentukan bila kiamat akan berlaku?".

     "lebih baik kita siapkan diri kita dengan bekalan amal dan taqwa".

Teguran itu membuat saya berfikir. Betul juga ya. Kita ni sibuk sangat cerita kiamat dah dekat tapi persiapan langsung tak buat. Kita tahu tapi tak nak buat. Lebih baik kita berhenti dari memikirkan bila hari kiamat akan berlaku dan fikirkan bagaimana nak terus tingkat dan pesatkan amalan kita. Bukankah itu lebih wajar buat kita? Nah, disitu sudah dapat perkara yang perlu diusahakan mulai hari ini.

Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dia lah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya.
( Luqman : 34 )

Ya ikhwan dan akhowat sekalian,
lembaran ini saya nukilkan sekadar ingin berkongsi dan memberi peringatan buat diri saya sendiri dan buat kalian untuk sama-sama kita mentarbiyah dan muhasabah diri kita kembali. Sekelumit rasa keinsafan itu amat berharga buat diri kita semua. Semakin hari usia semakin berkurang. Ajal datang tidak mengenal usia. Kita tak boleh cakap kat malaikat Izrail "eh, tunggu sekejap ye abang malaikat, saya nak taubat dulu. Next time lah abang datang cabut nyawa saya". Kalau boleh macam tu senang la kan. Tapi ianya mustahil akan berlaku. Justeru itu, jangan pernah menganggap kita masih muda untuk beramal dan mahu bersuka ria terlebih dahulu. Tingkatkan amal dan perjuangkan Islam sementara masih punya waktu....


Tuesday, March 29, 2011

Aku masih muda......



Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. Assalammualaikum w.b.t, pertama sekali saya ingin memohon maaf kepada rakan-rakan kerana dah lama xmenulis apa-apa. Saya agak sibuk sekarang ini dan banyak peperiksaan yang saya perlu hadapi pada minggu-minggu sebelum ini tapi alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Jadi malam ini saya punyai masa terluang untuk menaip sesuatu untuk dikongsi bersama.
Maaf kerana kadang2 terpaksa guna "aku", kadang2 "saya". Saya gunakan mengikut kesesuaian. Jadi saya akan bercerita sedikit tentang usia muda yang mana saya sedang laluinya dan mungkin juga rakan-rakan yang berada dalam lingkungan usia yang boleh dikategorikan sebagai seorang yang masih muda.


Alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk hidup dimuka bumi ini. Dalam 2 minggu lagi insyaAllah usia saya akan mencecah 20tahun. TETAPI adakah dijamin saya akan hidup sehingga 2 miggu lagi?? atau 1 minggu?? atau sampai esok hari??? Sudah tentu jawapaannya TIDAK kerana kita tidak tahu berapa lama lagi kita akan hidup di dunia ini. Mungkin saja saya tidak berada lagi didunia ni pada esok hari. Semua itu adalah ketentuan Allah. Allah berhak menghidupkan dan mematikan sesiapa sahaja yang dikehendakinya.




Allah S.W.T. telah berfirman yang bermaksud :
Allah (Yang Menguasai Segala-galanya), Ia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya, dan jiwa orang yang tidak mati: dalam masa tidurnya; kemudian Ia menahan jiwa orang yang Ia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir (untuk memahaminya). 
( Az-Zumar : 47 )


Persoalannya adakah kita telah bersedia untuk menghadapi kematian?? Cukupkah amal soleh serta kebajikan yang telah kita laksanakan didunia ini?? Terasa hinanya diri ini bila dilontarkan soalan sedemikian rupa. Amalan kita terlalu sedikit disaat kita tidak pasti apakah umur kita akan dilanjutkan hinnga ke hari esok. Bekalan itu masih tidak mencukupi. Justru apa yang perlu kita lakukan?? Dosa sudahlah banyak tapi amalan sedikit!! Wahai sahabat-sahabat, saya berpesan pada diri saya sendiri dan sahabat-sahabat sekalian, marilah kita laksanakan cara hidup Islam. Jangan sekali-kali kalian mengatakan AKU MASIH MUDA untuk beramal. Janganlah kita menganggap bahawa kita kan hidup lebih lama lagi dan merancang untuk bertaubat dihari tua. Bagaimana kalau xsempat tua?? Ingatlah bahawa Allah S.W.T lebih mencintai seorang pemuda yang beribadat daripada seorang tua yang beribadat. 




Selain itu, kebanyakan kita tidak perasan bahawa sesuatu perkara telah dijadikan trend untuk diikuti oleh golongan muda-mudi. Sebagai contoh bercinta, bertandang ke tempat-tempat hiburan yang boleh mengundang maksiat, pergi ke konsert dan perkara-perkara yang seumpama dengannya. Perkara-perkara ini seolah-olah telah menjadi adat dan cara hidup anak-anak muda zaman sekarang. Oleh sebab itu, perkara-perkara tersebut dianggap biasa dan normal untuk dilakukan oleh anak muda. Tidak ada sedikit pon rasa berdosa pada mereka mungkin kerana menganggap ia adalah kehidupan normal bagi golongan muda. Inilah yang perlu kita perbetulkan. Kita perlu sedar dari ilusi dan mainan orang kafir laknatullah yang sedang menyesatkan anak-anak muda sekarang dengan menggunakan hiburan sebagai medium terbaik bagi mereka. Wahai sahabatku sekalian, marilah kita tanya pada diri kita apakah hukum perbuatan tertentu setiap kali kita ingin melakukannya. Jika ia dibolehkan dalam Islam maka teruskanlah tetapi jika ianya ditegah dalam Islam maka batalkanlah hajatmu itu.




Sabda Rasulullah yang bermaksud:
“Kedua-dua kaki anak Adam itu tetap akan berdiri di hadapan Tuhannya pada hari kiamat kelak sehingga selesai ditanya empat perkara:
  • Umurnya untuk apa dihabiskan;
  • Masa mudanya untuk apa dipergunakan;
  • Hartanya dari mana diperoleh dan untuk apa dibelanjakan;
  • Ilmunya apa yang sudah dibuat dengannya.”
Berdasarkan maksud hadis itu, jelaslah setiap manusia akan dipersoalkan setiap perkara yang dikurniakan kepadanya termasuk peluang yang diberikan ketika usia muda.  Seperti yang kita sedar, banyak perkara boleh dilakukan pada masa muda kerana pada usia sebeginilah kita dikurniakan tubuh yang sihat, bertenaga dan cerdas akal fikiran. Amat rugilah jika kesempatan sebegini tidak dimanfaatkan sebaik-baiknya. Ambillah masa muda kamu sebelum kamu menjadi orang tua yang tersangat tua dengan memperbanyakkan istighfar. Mudah-mudahan agama ini dapat ditolong di tangan kamu. Marilah tingkatkan amalan kita kerana sesungguhnya di usia muda inilah waktu yang terbaik untuk kita mengumpul sebanyak-banyaknya kebajikan untuk dijadikan bekalan pada hari pembalasan nanti. Apa yg baik dtgnye dr Allah dan segala kesilapan itu tntunye dtg dari kekhilafan saya sendiri....










Thursday, February 24, 2011

Jangan dipersoal prinsipku...


Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang. Hari ini hati aku terpanggil untuk menulis sesuatu. Sesuatu yang berkaitan dengan hidup setiap makhluk yang bernafas di muka bumi ini. Ia adalah prinsip. Prinsip bermaksud nilai-nilai akhlak yg menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan. Setiap orang pastinya mempunyai prinsip yang tersendiri walaupun berbeza-beza, begitu juga dengan aku. Aku punya prinsip yang menjadi pegangan hidupku dan pastinya aku memilih prinsip yang sentiasa berada dilandasan syariah yang benar.

Segala permasalahan didunia pasti ada jalan penyelesaiannya dan Al-quran adalah sumber utama bagi merungkai segala permasalahan. Al-quran juga menggalakkan umat manusia agar memerhati menyelidiki alam langit dan bumi berpandukan suluhan Al-quran yang berisi panduan hidup meliputi akhlak, kebudayaan dan ilmu pengetahuan untuk mencapai peringkat yang tidak dapat ditandingi oleh umat lain. Ringkasnya, Al-quran adalah sumber ilmu pengetahuan dalam pelbagai disiplin ilmu sehingga terbentuk satu prinsip kerukunan hidup yang serba lengkap di dunia dan akhirat kelak.

Allah s.w.t telah berfirman :

“jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu perkara maka kembalilah pada ALLAH (aL-Quran) dan Rasul (Sunnah) jika kamu benar-benar beriman kepada ALLAH dan Hari Akhirat.Itu adalah lebih utama bagimu dan lebih baik akibatnya”
(aN-Nisa’:59)


Setiap hukum Allah itu adalah tetap. Ini prinsipku. Jika Allah sudah mengharamkan sesuatu maka ia akan kekal haram walau apa jua hujah sekali pun yang dilemparkan. Aku sedar aku hanyalah insan yang dhaif tetapi prinsipku tidak akan pernah lari dari hukum Allah. Sesetengah orang mungkin mengambil mudah tentang kepentingan menjalankan perintah Allah, tetapi aku tidak sanggup untuk mengabaikannya kerana dosaku terlalu banyak!! Bayangkan jika aku abaikan semua hukum-hukum Allah entah berapa banyaklah dosa yang telah kulakukan. Aku tak layak untuk hidup dibumi Allah ini menghirup udara segar dan menikmati rezeki kurniaan Allah kerana aku tidak patuh pada perintahnya. Ingatlah, apakah tujuan kita dicipta dimuka bumi ini? Bersyukurlah dengan nikmat Islam dan iman yang kita perolehi sekarang dengan mematuhi perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya.


Tepuk dada tanya iman, adakan ia sudah benar-benar utuh walau apapun yang terjadi? Bagaimana dengan prinsip hidupmu? Adakah selari dengan hukum Allah? Jika ya sejauh mana kamu akan mempertahankan prinsip hidupmu? Jika kamu sayangkan Allah dan agamamu lakukanlah apa sahaja yang boleh menghindarkan kamu dari berlaku zalim terhadap diri kamu. Jauhilah maksiat kerana ia akan mengundang kemurkaan Allah.

Binalah prinsip yang didasari dengan ketaqwaan kepada Allah s.w.t. Jauhilah perkara yang sudah terang-terangan diharamkan oleh syara'. Hatta ianya melibatkan 'orang penting' sekalipun kita perlulah menjauhinya kerana hukum Allah adalah lebih penting daripada segala-galanya. Mungkin ianya sukar tetapi kita hanya perlukan keberanian untuk menghalangnya. Ingatlah, Islam itu syumul dan jangan pernah kita nodainya.

Kadang-kadang hati ini tidak kuat, lemah untuk bertahan, beratnya dugaan ini. Hati terasa keseorangan tapi hakikatnya Allah ada bersama-sama. Ini baru sedikit jika hendak dibandingkan dengan orang lain, lebih hebat dugaannya. Allah tidak akan memberi sesuatu ujian jika hambanya tidak mampu menghadapinya. Bersabar dan kuatlah kerana Allah. Ya Allah, jika ini dugaan yang kau berikan kepadaku untuk aku lebih menyintaimu, redhakanlah aku dijalanmu.......



Wednesday, February 16, 2011

ya ALLAH.....ampunilah diriku....

         Entah mengapa malam-malam begini aku tergerak untuk menulis sesuatu. Sesuatu yang teramat membebankan hati sanubariku. Seperti biasa sebelum selimut ditarik menyelubungi tubuhku aku akan berfikir sejenak dan muhasabah diriku tentang apa yang telah kulakukan hari demi hari. Terlalu banyak rasanya dosa yang telah kulakukan. Setiap hari telah banyak maksiat mata, telinga dan juga mulut yang telah kulakukan. Entah berapa banyaklah dosa yang telah kulakukan selama hampir 20 tahun aku menumpang dibumi ALLAH ini. mungkin sudah bergunung-ganang jika dihimpunkan. Setahun ada 365 hari, aku sudah hidup hampir 20 tahun dan jika didarabkan bilangan hari, 365 x 20.... itupun kalau aku lakukan 1 dosa sehari tapi MUSTAHIL bagi aku kerana aku adalah insan yang dhaif yang acap kali melakukan kekhilafan. Ya ALLAH!!!!! Ampuni daku ya ALLAH!!! aku malu terhadap mu ya ALLAH.....
Aku sedar masih banyak lagi perkara yang perlu kuperbetulkan. Aku akan terus berdoa padamu ya ALLAH. Taubatku perlu disegerakan kerana Sahl bin Abdullah berkata: Barangsiapa yang berkata bahawa taubat adalah tidak wajib maka ia telah kafir, dan barangsiapa yang menyetujui perkataan seperti itu maka ia juga kafir. Dan ia berkata: "Tidak ada yang lebih wajib bagi makhluk dari melakukan taubat, dan tidak ada hukuman yang lebih berat atas manusia selain ketidak tahuannya akan ilmu taubat, dan tidak menguasai ilmu taubat itu (Di sebutkan oleh Abu Thalib Al Makki dalam kitabnya Qutul Qulub, juz 1 hal. 179).

Aku ada menyimpan satu doa mustajab yang aku dapati dari ceramah Ustazah Siti Nor Bahyah. Doa ini adalah doa yang telah dipohon oleh Nabi Adam A.S. setelah dia dicampakkan ke atas muka bumi ini akibat melanggar larangan ALLAH kepadanya. Setelah beliau berdoa, ALLAH telah berfirman :

wahai adam,
engkau telah berdoa kepadaku dengan doa yang aku kabulkan, jika salah seorang dari zuriatmu berdoa dengan doa tersebut nescaya aku akan hilangkan kedukaan dan kekeruhannya, aku akan melindunginya,aku akan menguntungkannya satu perniagaan selepas satu perniagaan,
dan aku akan memberikannya dunia walaupun dia tidak menghendakinya.....

Aku bersyukur kerana ini adalah satu berita baik buat semua umat Islam di muka bumi ini. Tetapi kita juga harus ingat bahawa kita perlu sedaya upaya mengelakkan diri daripada terjebak dalam kancah kemaksiatan dan melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh ALLAH S.W.T. Segala kewajipan kita sebagai seorang Muslim wajib dilaksanakan tanpa sebarang bantahan. Maha suci ALLAH diatas segala perkara yang telah diaturkan-NYA. Marilah kita sama-sama bertaubat sementara nyawa masih dikandung badan. Walau sehina manapun kita ALLAH pasti mengampuni kita jika kita benar-benar menyesali perbuatan kita dan bertekad untuk tidak mengulanginya lagi. ALLAH SWT telah berfirman didalam Al-Quran:

"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri." (QS. Al Baqarah: 222).

 Dan dalam penjelasan tentang keluasan ampunan ALLAH SWT dan rahmat-Nya bagi orang-orang yang bertaubat. ALLAH SWT berfirman:

"Katakanlah: "Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat ALLAH. Sesungguhnya ALLAH mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (QS. Az-Zumar: 53)

Ayat ini membukakan pintu dengan seluas-luasnya bagi seluruh orang yang berdosa dan melakuKan kesalahan. Meskipun dosa mereka telah mencapai hujung langit sekalipun. Seperti sabda Rasulullah S.A.W:

"Jika kalian melakukan kesalahan-kesalahan (dosa) hingga kesalahan kalian itu sampai ke langit, kemudian kalian bertaubat, niscaya Allah SWT akan memberikan taubat kepada kalian." (Hadist diriwayatkan oleh Ibnu Majah dari Abi Hurairah, dan ia menghukumkannya sebagai hadits hasan dalam kitab sahih Jami' Shagir - 5235)
Allah berfirman dalam Hadits Qudsi : “Wahai anak Adam selama engkau masih berdoa kepada-Ku dan berharap kepada-Ku, Aku ampuni engkau apa pun yang datang darimu dan aku tidak peduli. Wahai anak Adam walaupun dosa-dosamu mencapai batas langit kemudian engkau meminta ampun kepada-Ku, Aku akan ampuni engkau dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, jika engkau mendatangi-Ku dengan sepenuh bumi dosa dan engkau tidak menyekutukan-Ku, maka Aku akan menemuimu dengan sepenuh itu pula ampunan.” (HR. Tirmidzi dan di Hasankan oleh beliau).

Sesungguhnya ALLAH itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Ku pujuk diriku, la tahzan!!! Jangan pernah putus harapan dengan rahmat ALLAH. Tiada siapapun yang dikecualikan dari pengampunan Allah selama mana dia tidak pernah mensyirikkan ALLAH S.W.T. ALLAH itu Maha Adil. Ya ALLAH teguhkanlah keimananku terhadapmu agar ia dapat menjadi perisaiku dari terjebak kelembah kehinaan. Terlalu banyak dosa yang telah kulakukan kepadamu ya ALLAH. Ampunilah daku, ampunilah daku ya ALLAH.....

Monday, January 31, 2011

Tiada istilah ber'COUPLE' sebelum menikah.....


Dalam dunia banyak orang tak dapat lari dari bercinta. Dan sebab cinta juga kita hadir di dunia ini. Tapi zaman sekarang ramai remaja telah terjerumus pada cinta yang haram disisi Islam. Mata mereka semua telah kabur dek kerana tewas dengan nafsu yang merajai hati.
Alangkah bahagianya berada dalam alam percintaan. Tapi mereka silap kerana tidak sedar ianya haram disisi Islam. Aku juga ingin memiliki kekasih sama seperti rakan-rakanku tapi aku sedar cintaku hanya perlu ku serahkan pada Allah yang Esa. Ia adalah cinta yang hakiki. Aku teguhkan iman agar aku tidak terpedaya dengan tipu daya dunia. Cinta yang halal hanyalah cinta setelah menikah. Aku akan tetap menjaga kesucian diriku supaya terhindar dari jurang cinta nafsu semata. Biarla orang nak kata apa tentang aku kerana apa yang penting adalah keredhaan Allah. Sahabat-sahabatku usah terpedaya dengan cinta. Tidak perlu ber'COUPLE' sekarang belum pasti pasanganmu itu akan menjadi surimu suatu hari nanti. Jagalah kesucian dirimu itu.

Ber'couple' bukan budaya umat Islam yang beriman. "Bercouple", setiap kali kita mendengarnya akan terlintas di benak kita sepasang insan yang sedang mabuk cinta dan dilanda asmara. Saling mengungkapkan rasa sayang serta rindu, yang kemudiannya memasuki sebuah biduk pernikahan. Lalu kenapa harus dipermasalahkan? Bukankah cinta itu fitrah setiap anak adam? Bukankah setiap orang memerlukan masa penyesuaian sebelum pernikahan?

CINTA, Fitrah Setiap Manusia, MANUSIA diciptakan oleh ALLAH SWT dengan membawa fitrah (instinct) untuk mencintai lawan jenisnya. Sebagaimana firman-NYA; Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi ALLAH lah tempat kembali yang baik (Syurga). (Ali Imran: 14).

Berkata Imam Qurthubi: ALLAH SWT memulai dengan wanita kerana kebanyakan manusia menginginkannya, juga kerana mereka merupakan jerat-jerat syaitan yang menjadi fitnah bagi kaum lelaki, sebagaimana sabda Rasulullah SAW; Tiadalah aku tinggalkan setelahku selain fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki daripada wanita. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Ibnu Majah)

Oleh kerana cinta merupakan fitrah manusia, maka ALLAH SWT menjadikan wanita sebagai perhiasan dunia dan nikmat yang dijanjikan bagi orang-orang beriman di syurga dengan bidadarinya.

Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a. berkata; Rasulullah SAW bersabda; Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah. (Hadis Riwayat Muslim, NasaI, Ibnu Majah, Ahmad, Baihaqi)

ALLAH berfirman; Di dalam syurga-syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik. (ar-Rahman: 70)

Namun, Islam tidak membiarkan fitnah itu mengembara tanpa batasannya. Islam telah mengatur dengan tegas bagaimana menyalurkan cinta, juga bagaimana batasan pergaulan antara dua insan berlawanan jenis sebelum nikah, agar semuanya tetap berada pada landasan etika dan norma yang sesuai dengan syariat.

Fatwa Ulama Syaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin ditanya tentang hubungan cinta sebelum nikah. Jawab beliau; Jika hubungan itu sebelum nikah, baik sudah lamaran atau belum, maka hukumnya adalah haram, kerana tidak boleh seseorang untuk bersenang-senang dengan wanita asing (bukan mahramnya) baik melalui ucapan, memandang, atau berdua-duaan. Sebagaimana Rasulullah SAW bersanda: Janganlah seorang lelaki bedua-duaan dengan seorang wanita kecuali ada bersama-sama mahramnya, dan janganlah seseorang wanita berpergian kecuali bersama mahramnya.

Syaikh Abdullah bin abdur Rahman al-Jibrin ditanya; Jika ada seseorang lelaki yang berkoresponden dengan seorang wanita yang bukan mahramnya, yang pada akhirnya mereka saling mencintai, apakah perbuatan itu haram? Jawab beliau; Perbuatan itu tidak diperbolehkan, kerana boleh menimbulkan syahwat di antara keduanya, serta mendorongnya untuk bertemu dan berhubungan, yang mana koresponden semacam itu banyak menimbulkan fitnah dan menanamkan dalam hati seseorang untuk mencintai penzinaan yang akan menjerumuskan seseorang pada perbuatan yang keji, maka dinasihati kepada setiap orang yang menginginkan kebaikan bagi dirinya untuk menghindari surat-suratan, pembicaraan melalui telefon, serta perbuatan semacamnya demi menjaga agama dan kehormatan dirinya.

Syaikh Jibrin juga ditanya; Apa hukumnya kalau ada seorang pemuda yang belum menikah menelefon gadis yang juga belum menikah? Jawab beliau; Tidak boleh berbicara dengan wanita asing (bukan mahram) dengan pembicaraan yang boleh menimbulkan syahwat, seperti rayuan, atau mendayukan suara (baik melalui telefon atau lainnya). Sebagaimana firman ALLAH SWT; Dan janganlah kalian melembutkan suara, sehingga berkeinginan orang-orang yang berpenyakit di dalam hatinya. (al-Ahzaab: 32).

Adapun kalau pembicaraan itu untuk sebuah keperluan, maka hal itu tidak mengapa apabila selamat daripada fitnah, akan tetapi hanya sekadar keperluan.

Syubhat Dan Jawapan Yang Sebenarnya Keharaman bercouple lebih jelas dari matahari di siang hari. Namun begitu masih ada yang berusaha menolaknya walaupun dengan dalil yang sangat rapuh, antaranya:

Tidak Boleh dikatakan semua cara bercouple itu haram, kerana mungkin ada orang yang bercouple mengikut landasan Islam, tanpa melanggar syariat.

Jawabnya: Istilah bercouple berlandaskan Islam itu Cuma ada dalam khayalan, dan tidak pernah ada wujudnya. Anggap sajalah mereka boleh menghindari khalwat, menyentuh serta menutup aurat. Tetapi tetap tidak akan boleh menghindari dari saling memandang, atau saling membayangkan kekasihnya dari masa ke semasa. Yang mana hal itu jelas haram berdasarkan dalil yang kukuh.

Biasanya sebelum memasuki alam perkahwinan, perlu untuk mengenal terlebih dahulu calon pasangan hidupnya, fizikal, karaktor, yang mana hal itu tidak akan boleh dilakukan tanpa bercouple, kerana bagaimanapun juga kegagalan sebelum menikah akan jauh lebih ringan daripada kalau terjadi setelah menikah.

Jawabnya: Memang, mengenal fizikal dan karaktor calon isteri mahupun suami merupakan satu hal yang diperlukan sebelum memasuki alam pernikahan, agar tidak ada penyesalan di kemudian hari. Namun, tujuan ini tidak boleh digunakan untuk menghalalkan sesuatu yang telah sedia haramnya.

Ditambah lagi, bahawa orang yang sedang jatuh cinta akan berusaha bertanyakan segala yang baik dengan menutupi kekurangannya di hadapan kekasihnya. Juga orang yang sedang jatuh cinta akan menjadi buta dan tuli terhadap perbuatan kekasihnya, sehingga akan melihat semua yang dilakukannya adalah kebaikan tanpa cacat.

Sebagaimana diriwayatkan dari Abu Darda; Cintamu pada sesuatu membuatmu buta dan tuli.


Saturday, January 29, 2011

Muhasabah diri...

Setiap malam sebelum kita merebahkan diri, sebelum kita melelapkan mata, sebelum diri diulit mimpi; bertafakurlah sebentar dan cuba tanya-tanyakan pada diri kita: Apakah sudah meningkat ketaqwaanku pada hari ini?

Apakah sudah meningkat amalan kesolehanku pada hari ini? Putar dan putar kotak fikiran kita. Imbas kembali setiap gerak langkah pada sepanjang siang tadi. Bandingkan amalan semalam dengan amalan hari ini. Seandainya amalan hari ini semakin baik, itu tandanya sudah ada peningkatan taqwa dalam diri. Tidak kiralah sama ada amalan itu berkaitan dengan urusan hablumminaLlah (hubungan dengan Allah) atau hablumminannas (hubungan dengan manusia). 
Bukti ketaqwaan semakin meningkat bukan pada banyaknya kerja yang kita lakukan pada hari itu tetapi kesungguhan kita di dalam melaksanakan setiap tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah swt.

Jika taqwa kita sudah meningkat, bererti kesolehan kita juga sudah meningkat kerana gabungan iman dan taqwa melayakkan seorang lelaki atau wanita itu bergelar 'soleh' atau 'solehah'. Namun begitu, sejauh mana kita telah mencapai darjat lelaki soleh atau wanita solehah itu? Sudahkah kita berjaya memilikinya? Oleh itu marilah kita suluh diri kita. 

Siapakah yang Memperkenankan Doa Orang yang Kesusahan Apabila Ia Berdoa?.....

 Siapakah yang berhak menjadi tempat mengadu orang-orang yang dilanda kegelisahan, kesempitan, kesusahan dan kesedihan? Kepada siapakah mereka harus memohon pertolongan? Siapakah yang layak menjadi tempat bergantung, memohon, meminta dan meratap bagi semua makhluk? Siapakah yang berhak menjadi pergantungan hati dan selalu diucapkan oleh lidah manusia? Tidak lain, adalah hanya Allah yang tiada Tuhan selain Dia.

Kita semua, saya dan juga anda mempunyai suatu kewajipan untuk berdoa dan meminta kepada-Nya dalam keadaan lapang mahupun sempit, dalam keadaan mudah mahupun ketika sukar. Kita harus menumpahkan semua permasalahan ke haribaan-Nya dan kita juga tetap harus ber-tawassul kepada-Nya, meski dalam tersepit seperti apapun. Kita harus duduk bersimpuh di depan pintu gerbang-Nya sambil memohon, menangis merendahkan diri dan meminta ampunan-Nya. Dan kemudian, tunggulah, kerana pada saatnya nanti akan datang pertolongan, ma'unah (huluran), bantuan dan kemudahan yang bersumber dari-Nya.

“Atau, siapakah yang memperkenankan (doa) orang yang menderita apabila ia berdoa kepada-Nya” (QS. An-Naml: 62)


Jawapannya adalah Allah-lah yang menyelamatkan orang yang tenggelam, memberi jalan keluar orang-orang yang mengalami kesusahan, menolong orang yang dizalimi, memberi petunjuk orang yang sesat, menyembuhkan orang yang sakit, dan meringankan beban orang yang mendapat musibah atau ujian.

“Dalam pada itu, apabila mereka naik bahtera(lalu menemui sesuatu bahaya di laut), mereka berdoa kepada Allah dengan doa yang tulus ikhlas kepada-Nya” (QS. Al-'Ankabut: 65)

Di sini, saya tidak akan memaparkan doa-doa pengusir rasa duka, susah hati dan sedih. Bagaimanapun, sebaiknya anda mempelajari sendiri lafaz-lafaz doa yang indah dalam kitab-kitab hadis. Setelah itu, mengadulah, merataplah, berdoa dan memohonlah kepada-Nya. Dan bila anda sudah berhasil menemukan-Nya, bererti anda telah mendapatkan segalanya. Akan tetapi, jika anda kehilangan iman kepada-Nya, nescaya anda telah kehilangan segalanya.

Doa anda kepada Allah dikira sebagai bentuk lain dari ibadah dan juga sebagai bukti ketaatan besar yang akan mendatangkan suatu pemberian lebih dari apa yang anda minta. Maka itu, seorang hamba yang benar-benar mengetahui hakikat berdoa kepada Allah, nescaya ia tidak akan pernah resah, susah hati dan kacau fikirannya.

Semua tali akan mengecut kecuali tali-Nya dan semua pintu akan tertutup kecuali pintu-Nya. Allah Maha Dekat, Maha Mendengar, dan Maha Menjawab. Dia mengabulkan doa setiap orang yang berada dalam kesusahan. Dia memerintahkan anda adalah kerana anda manusia yang selalu memerlukan dan lemah dan Dia Maha Kaya, Maha Kuat, Maha Tunggal dan Maha Terpuji. Agar hamba-Nya sentiasa berdoa. Dia berfirman,ertinya:

“Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku akan perkenankan doa permohonan kamu” (QS. Al-Mu'minun: 60)

Ketika musibah dan bencana datang silih berganti menimpa anda, berzikirlah kepada-Nya, sebutlah nama-Nya, mohonlah pertolongan- Nya, dan mintalah jalan keluar dari-Nya. Tundukkan wajah untuk mensucikan nama-Nya demi mendapatkan mahkota kebebasan dari-Nya.

Rapatkan hidung pada tempat anda bersujud kepada-Nya agar anda mendapatkan keselamatan. Angkat kedua tangan anda, buka kedua telapak tangan anda, perbanyakkan memohon kepada-Nya, jangan pernah bosan meminta kepada- Nya dan jangan sekali-kali berpaling dari depan pintu-Nya.

Harapkanlah kelembutan kasih sayang dari-Nya, nantikan pertolongan- Nya, nyaringkan suara anda tatkala menyebut nama-Nya, dan selalu berbaik sangkalah kepada-Nya. Curahkan seluruh waktu anda untuk-Nya dan beribadahlah kepada-Nya dengan tekun agar anda mendapatkan kebahagiaan dan kemenangan.

Thursday, January 27, 2011

Ku SERAH Segalanya....


Padamu ku serah segala
harta sepenuh jiwa raga
hanya kau yang MAHA PEMURAH
meredakan hati yang gundah YA ALLAH

Padamu ku curah segala
perasaan yang melara
engkaulah yang punyai cinta
membawaku ke puncak NASUHA

Ku kesali kealpaan diriku
ku tangisi kesilapan yang lalu
walaupun sekali tak kan ku ulangi

YA ALLAH tuhanku bantulah hambamu
jangan biarkan diriku terus di belenggu
ampuni dosaku,terangi hatiku
izinkan ku kembali ke jalan REDHAMU

Tiada lain yang ku harap hanya KASIH SAYANGMU tuhan
membawaku kepada keampunan YA ALLAH....

  PADAMU KU SERAH SEGALA!



LABEL : SERAH, PADAMU, SEGALA, ALPA,REDHA

Monday, January 24, 2011

Kesabaran kaedah terbaik sebar Islam

JIKA kita sayang dengan sesuatu kita akan mengejarnya. Demikian juga dengan agama. Jika kita sayang dengan agama, kita akan memeliharanya. Kita letak di tempat yang paling baik, disimpan secara berhati-hati dan sudah pasti kita mahu orang lain merasai juga kebaikan itu.

Alangkah indahnya andai kata kita jatuh hati dengan Islam. Alangkah indahnya jika kita kasih dengan Islam, sebab andai kata kasih dengan Islam, kita kasih dengan satu cara hidup yang akan menjadikan kita Insyaallah cemerlang, gemilang dan terbilang. Antara tanda kita kasih dengan agama ialah hendak sebarkan agama ini supaya orang lain mengenali Islam.

Jika mempunyai rakan yang bukan Islam kita mahu mereka mengenali Islam.

Demikian juga jika kita mempunyai sanak saudara yang mungkin membenci Islam ataupun tidak menyenangi apabila bercakap mengenai Islam kepadanya. Kita mahu satu hari nanti dia mempunyai pandangan sebaliknya daripada apa yang dimiliki pada hari ini. Diharapkan suatu hari nanti dia akan jatuh cinta dengan Islam.

Jiwa seperti ini akan ada pada jiwa insan yang kasih pada Islam.
Pada zaman Nabi Muhammad SAW, ada seorang sahabat, Jundub bin Janadah. Beliau lebih dikenali dengan nama Abu Zar. Dilahir dan dibesarkan di kalangan kelompok yang dikenali sebagai Bani Ghifar.

Bani Ghifar sangat digeruni kerana mereka adalah perompak yang kejam lagi ganas. Abu Zar lahir di kalangan kaum berkenaan.

Bagaimanapun beliau tidak terpengaruh sedikit pun dengan cara hidup kaumnya. Ini adalah peribadi yang hebat jati dirinya. Hidup di kalangan perompak tetapi tidak menjadi perompak. Bolehkah kita menjadi seperti itu?

Suatu hari, Abu Zar bermusafir seorang diri menuju ke Makkah. Setibanya di Makkah, beliau bertemu dengan nabi lalu memeluk Islam. Mengikut sesetengah laporan, Abu Zar adalah orang kelima dari kalangan sahabat yang memeluk islam ketika itu.

Selepas memeluk Islam Abu Zar, kembali semula ke Bani Ghifar dengan tujuan menyampaikan dakwah kepada kaumnya dan mengislamkan mereka.

Abu Zar bertindak demikian kerana dia kasih agama itu dan beliau mahu berkongsi ideologi Islam dengan Bani Ghifar.

Beliau menyedari mereka adalah perompak yang kejam dan ganas tetapi beliau mengharapkan permata berlian yang bernama Islam akan menukar mereka ke arah sebaliknya.

Justeru Abu Zar kembali ke Bani Ghifar. Akhirnya selepas bertahun-tahun beliau berusaha menyampaikan dakwah, mengajak kepada makruf dan mencegah mereka dari kemungkaran terutama sebagai perompak, akhirnya seluruh Bani Ghifar memeluk Islam dan diikuti lagi dengan satu kabilah yang adalah jiran kepada Bani Ghifar iaitu Bani Aslam.

Abu Zar membawa semua mereka dari Bani Ghifar dan Bani Aslam pergi ke Madinah kerana umat Islam ketika itu sudah berhijrah dari Makkah ke Madinah. Lantas semua mereka dibawa Abu Zar untuk pergi bertemu nabi di Madinah.

Ketika nabi bertemu mereka, nabi tersenyum dan amat gembira. Baginda SAW bersabda "Bani Ghifar semoga diampuni Allah, Bani Aslam semoga mendapat kesejahteraan daripada Allah".

Begitulah kegigihan Abu Zar menyampaikan dakwah kepada kaumnya. Orang yang mencintai Islam pasti hendak berdakwah sebab maksud dakwah ialah kita hendak orang lain mengenali kecantikan Islam.

Abu Zar bersikap demikian kerana beliau meyakini Islam adalah permata bernilai dan permata agung yang bernama Islam ini perlu diperkenalkan kepada orang lain. Inilah yang hendak kita contohi.

Tidak kira siapa kita sama ada seorang profesor, doktor, jurutera, pendidik, jika kita beragama Islam dan mencintainya, pertamanya perlulah beribadah dan beramal dengan Islam

Keduanya, jangan biarkan Islam terkurung begitu saja. Sebarkan keindahan agama ini kepada orang lain seperti dilakukan oleh Abu Zar sehingga akhirnya, perompak yang ganas dan bengis memeluk Islam di kalangan Bani Ghifar dan Bani Aslam.

Exam completed!!!

Haaa!!! ni lah module 3 - Electrical Fundamentals... Alhamdulillah.... lega aku dah habis exam petang tadi....inilah module yang paling aku tak suka sebab belajar tentang elektrik...name je fundamentals tapi pening juga aku nak faham...hampir sebulan aku belajar modul ni and petang tadi pukul 3 petang exam aku start....punyalah takut sampai berpeluh dahi takut-takut soalan yang keluar tu susah...soalan semua sekali ada 50 ( MCQ je sebenarnye..hehee....).. semua formula and fakta-fakta aku fahami and hafal betul-betul sebab aku tak nak RE-EXAM!!....inilah perkataan yang paling ditakuti oleh aku and kawan-kawan aku........

Sebelum aku mula menjawab aku minta pertolongan pada ALLAH supaya mempermudahkan aku menjawab semua soalan....perkara ni yang palng mustahak bagi aku sebab segala-galanya ditentukan oleh-NYA...beberapa doa telah ku pohonkan....Berbekalkan sebatang pen berwarna ungu aku pun mula menjawab.....ditempat aku belajar ni markah lulus ialah 75%...soalan ada 50....so jalan pengiraannya 75/100 X 50 = 37.5....so aku kena betul 38 untuk lulus....


Dengan tenang aku jawab satu demi satu....alhamdulillah banyak juga apa yang aku baca masuk dalam exam tadi...hehee...tapi bila dah total soalan yang aku tak jawab ada 15....ALAMAK!!! aku boleh salah 12 je...so kalau aku tak buat betul-betul soalan-soalan ni aku boleh FAIL!!! so aku revise la balik slow-slow and alhamdulillah ada la sikit yang aku dapat jawapannya.....tapi yang aku tak dapat tu terpaksalah aku tembak je....heheee..

Sebenarnya ada 1 soalan yang buat aku confuse sangat tadi....soalan tu melibatkan calculation...malangnya tempat aku belajar ni calculator DIHARAMKAN sama sekali untuk digunakan semasa exam.....itu yang susah tu...so bile balik rumah aku pon tanyalah roomate aku ( Japar )........dia ni boleh dikatakan top student kat tempat aku belajar ni....pelik aku kerja dia kt rumah main ninja saga kat FB je tapi otak brilliant.....bila aku tanya dia dengan slumber ambil pen then selesaikan dalam beberapa saat je....pehhh!!!! terer seyh!!! no wonder la mase exam module 3 class dia dia sorang je yang lulus....orang Sabah memang special sikit kot...heheee....


tapi apa-apa pon aku bersyukur pada ALLAH sebab permudahkan aku jawab soalan-soalan tadi....lulus ke fail ke aku redha je...aku tawakkal atas segala usaha yang dah aku lakukan....ya ALLAH luluskanlah aku dalam peperiksaan yan telah aku lalui pada petang tadi ya ALLAH...semoga segala usaha aku selama ni disudahi dengan kegembiraan...Aamin ya rabbal aalamin....


Saturday, January 22, 2011

HANYA ILMU SYARIAT (ISLAM) SAHAJA-LAH YANG ALLAH TUNTUT KEATAS MANUSIA

 Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah, ketahuilah bahawa ILMU tentang ketuhanan dan agama itu sahajalah yang sebenarnya dituntut Allah untuk kita pelajari dalam firman-firman-Nya dalam Al-Quran. Selain dari ilmu syariat agama, semuanya hanyalah untuk dunia dan tidak dituntut oleh Allah Swt.

Firman Allah Surah At-Taubat: Ayat 122 - "...mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk mendalami ilmu pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya sekembalinya mereka kepada kaumnya itu (nanti), supaya mereka itu dapat menjaga dirinya (menjaga keselamatan diri dunia akhirat)".

Firman Allah lagi Surah An-Nahl: Ayat 43 - '...Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan (yakni orang-orang yang berilmu) jika kamu tidak mengetahui (tentang sesuatu permasalahan @ tentang kisah Nabi @ tentang kitab-kitab)

Dari awal lagi manusia telah terlalai apabila menggangap ILMU AKADEMIK yang mereka tuntut di Menara Gading itu sebagai Ilmu yang dimaksudkan Allah dalam ayat-ayat-Nya (dalam Al-Quran). Justeru itu, semakin ramai manusia berlumba-lumba menghantar anak-anak mereka berpengajian di Universiti-Universiti 'kononnya' supaya mereka menjadi orang yang berilmu dan sebagai memenuhi tuntutan ISLAM untuk kita menuntut ilmu. Mereka mengimpikan anak mereka menjadi pakar perubatan, pakar kejuruteraan, pakar sains, pakar bio tech, pakar IT dan lain-lain lagi.

Islam sememangnya tidak menghalang kemajuan seperti itu NAMUN ilmu yang Allah maksudkan untuk kita tuntut dalam Al-Quran adalah Ilmu Syariat (Agama) dan bukan seperti sangkaan kita selama ini. Ini bermakna mereka (graduan dalam akademik) bukanlah orang berilmu di sisi Allah Swt. Mereka hanya berilmu di sisi manusia dan dunia.

ILMU di sisi Allah adalah ilmu yang mampu menarik manusia itu supaya mengesakan Allah, semakin dipelajari ilmu itu semakin dia mengenal Allah, semakin pula dia mentaati Allah dan apabila semakin bertambah ilmunya, maka semakin tunduk dan patuh pula dia kepada semua suruhan Allah Azzawajalla. Itulah ciri-ciri ilmu yang banyak dinyatakan Allah dalam firman-firman-Nya bagi melayakkan seseorang itu bergelar 'Orang yang berilmu' di sisi Allah Taala.

Bukti-bukti tentangnya ada dalam banyak ayat-ayat Allah antara lainnya '...Allah menyatakan bahawa tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan-Nya. Dia yang menegakkan keadilan (Allah sendiri), para Malaikat dan orang-orang yang berilmu (juga turut menyatakan sedemikian rupa)...' Surah Ali-Imran: Ayat 18.

Jelas sekali orang yang berilmu dalam ayat di atas adalah menjelaskan golongan (mereka) yang bertakwa dan sentiasa mengESAkan Allah dek kerana Ilmu yang dimilikinya. Ilmu yang mengesakan Allah adalah ilmu syariat.

Lagi firman Allah tentang ilmu syariat: '...nescaya Allah meninggikan orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu beberapa darjat...' Surah Al-Mujaadilah: Ayat 11.

Dalam ayat di atas juga jelas Allah memaksudkan orang yang berilmu itu sudah semestinya adalah orang yang Alim (yakni berilmu agama). Adalah tidak munasabah bagi Allah mengangkat darjat seorang yang berilmu Akademik (duniawi) dalam ayat ini. 

Kemudian Allah berfirman lagi: ''...Katakanlah: "Adakah sama orang-orang yang mengetahui (berilmu) dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya (hanya) orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran - Surah Az-Zumar: Ayat 9

dan...

'...Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah Alim Ulama (yakni orang-orang yang berilmu)...' - Surah Faathir: Ayat 28

Sudah terang lagi bersuluh. Allah menyatakan bahawa orang yang berilmu dalam kedua-dua ayat di atas Surah Az-Zumar dan Faathir adalah mereka yang menuntut ilmu agama Allah (Alim). Adalah tidak munasabah jika kita mengambil ayat dari Surah Faathir itu dan mengatakan bahawa mereka yang berilmu Akademik itu yang takut kepada Allah. Dan tidak mungkin juga bagi Allah menganggap bahawa orang-orang kafir yang pakar dalam matematik, sains, kedoktoran, kejuruteraan dan lain-lain ilmu akademik itu juga sebagai orang yang berilmu di sisi-Nya.

Allah Taala berfirman lagi: Dan apabila datang kepada mereka suatu berita tentang keamanan@ketakutan. mereka lalu menghebahkannya. Dan jika mereka menyerahkannya kepada Rasul dan Ulil Amri (orang-orang yang berilmu) di antara mereka, tentulah mereka yang ingin mengetahui kebenaran (dari khabar berita itu akan dapat) mengetahuinya dari mereka (yakni Rasul-Rasul dan Ulil Amri). Kalau tidaklah kerana kurnia dan rahmat Allah kepada kamu, tentulah (kebanyakan dari) kamu akan mengikut syaitan, kecuali sebahagian kecil sahaja (di antaramu) - Surah An-Nisaa':Ayat 83

Selain itu, Allah juga membezakan darjat antara mereka yang berilmu Agama dengan mereka yang berilmu Akademik. Darjat mereka adalah tidak sama di sisi Allah dan JANGAN PULA LUPA, bahawa Allah juga menyediakan siksaan NERAKA WIL (neraka paling bawah dgn siksaan paling pedih) bagi mereka yang berilmu Agama tetapi menyalahgunakan ilmunya itu dengan melakukan perkara-perkara dosa yang menjatuhkan martabat Alim Ulama (yakni orang berilmu Agama) yang  lainnya.

Rasulullah Saw bersabda: "Barangsiapa yang dikehendaki baik oleh Allah. maka dia dipintarkan dalam hal keagamaan dan diilhamkan oleh-Nya kepandaian (ilmu) dalam hal itu" - Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Thabrani.

dan...

Baginda Rasulullah Saw juga bersabda menegaskan bahawa: "Para Alim Ulama (yakni orang-orang yang berilmu) itu adalah pewaris Nabi" - Hadis Riwayat Abu Daud, Tirmizi, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban.

Begitulah ketentuan Allah terhadap mereka yang berilmu dengan syariat Allah Taala. Di tingkatkan darjat mereka mengatasi segolongan yang lain (mereka yang berilmu akademik). Buat masa ini memadai dulu secara ringkas dinyatakan bahawa Allah hanya menganggap mereka yang ALIM (berilmu Syariat Agama Allah) sahajalah sebagai ORANG-ORANG YANG BERILMU di sisi-Nya 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...